Enjin ledakan denyut

Enjin ledakan denyut (pulse detonation engine – PED) atau juga dikenali sebagai "enjin gelombang ledakan berdenyut" (pulsed detonation wave engine) ialah sejenis sistem perejangan udara yang boleh beroperasi pada kelajuan subsonik hingga hipersonik. Secara teori reka bentuk PDE mampu menghasilkan enjin dengan keberkesanan pembakaran bahan api lebih tinggi berbanding reka bentuk yang lain, dengan sedikit bahagian bergerak. Keberkesanan pembakaran PDE mampu melepasi turbojet dan turbofan. Bagaimanapun, mustahil menambah kipas pintasan pada PDE (yang meningkatkan keberkesanan keseluruhan turbofan melepasi maksimum secara teori bagi enjin tanpa pintasan) menghadkan daya saing PDE kepada penggunaan di mana turbofan adalah tidak praktikal atau mustahil.Sehingga hari ini, tiada enjin PDE sedia diguna telah dihasilkan, tetapi beberapa enjin ujian dasar telah dibina dan satu darinya telah berjaya disepadukan pada pesawat pertunjukan kelajuan rendah yang terbang berkuasa PDE pada 2008.Pada Jun 2008, Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) menunjukkan Blackswift yang bertujuan menggunakan teknologi ini bagi mencapai kelajuan sehingga Mach 6.[1] Bagaimanapun projek ini dibatalkan tidak lama kemudian, pada Oktober 2008. DARPA May 2009 notes on PDE

Rujukan

WikiPedia: Enjin ledakan denyut http://www.foxnews.com/video/index.html?playerId=v... http://www.google.com/patents?vid=USPAT2942412&id=... http://www.innssi.com http://www.popsci.com/popsci/aviationspace/e46d5b4... http://www.wired.com/dangerroom/2008/06/the-milita... http://es.youtube.com/watch?v=mSiER26ZHBg http://www.youtube.com/watch?v=GqLOI3h0DC8 http://www.youtube.com/watch?v=IBjLx2AvxrM http://www.youtube.com/watch?v=rYxsilgRxi4 http://www.afmc.af.mil/news/story_print.asp?id=123...